SADDAM HUSSIEN RABA BUAH DADA PELAJAR


SADDAM HUSSIEN RABA PAYUDARA PELAJAR | AYER KEROH – Seorang pembantu kedai warganegara Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul kehormatan gadis berusia 17 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Saddam Hussin, 21, yang menetap di Taman Tasik Utama, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Saddam didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan dengan meraba buah dada mangsa di dalam stor kedai baju di sebuah pasaraya di Ayer Keroh pada 12 September 2013.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di kaunter wang kedai baju berkenaan, hujung September 2013.

Terdahulu, Timbalan pendakwa Raya M Rebecca ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang merupakan warganegara asing.

“Namun, sekiranya mahkamah ingin berbuat demikian, saya mohon supaya diberikan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Saddam, Abd Rahim Osman merayu agar jumlah wang jaminan terhadap anak guamnya itu dikurangkan kerana tertuduh bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan RM1,200 sebulan dan memberi kerjasama penuh sepanjang proses soal siasat.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bagi kedua-dua pertuduhan itu serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Beliau turut menetapkan 18 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen