Jika semalam disiarkan foto Mizz Nina yang sudah berhijab, hari ini kami juga ingin berkongsi kecantikan wajah Misha Omar apabila dia memakai tudung.
Mesti ramai antara anda yang tertanya-tanya adakah Misha Omar juga sudah mengambil langkah untuk bertudung sepenuh masa atau hanya untuk majlis-majlis tertentu.
Untuk pengetahuan anda, Misha memakai tudung kerana menghadiri kusus perkahwinan beberapa minggu lepas bersama bakal suaminya.
Penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Untuk Bermimpi ini nampaknya sudah bersedia mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan yang dijangka akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.
Walaupun cuma bertudung untuk masa-masa tertentu, kelihatannya Misha langsung tidak kekok untuk menggayakan tudung yang dipakai. Malah penyanyi ini kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.