Amri nie orangnya jenis belagak tau. Keje bajet nk manager je. Dressup xnak kalah. Nk smart je. Badan besar, gemuk. Sihat walafiat. Bini dia pun sama. Anak2 4org. Semua kecik2. Yg sulung masa tue darjah 1, yg bawah2 aku xpasti. Anak dia yg sulung nie pn ada jugak masalah dgn aku. Disebabkan dorg duk menetap kat umah aku, anak dia nie main2 la anak kucing aku. Bodoh punya pasal, dia pegi sembur anak kucing aku dalam sangkar dgn pembersih cermin? Watdeheck? 2ekor. Aku SPM last paper time tue. Lepas je paper, aku terus balik n bawak kucing2 tue g klinik. Sekor mati sbb dehydration sekor lg sempat diselamatkan. Tp cacat, lumpuh kaki belakang sbb dh terencat. Itu pn berhempas pulas aku jaga siang malam nak bagi dia sembuh. Ya Allah.... aku rasa mcm nk mngamuk!! Serius! Aku tau dia budak. Tp dia ada mak bapak kan? Sumpah, bertmbah aku benci dorg satu famly.
Imah pulak orangnya pemalas. Kenapa aku ckp mcmtue? Sbb pagi2, bgun je tido anak2 dorg yg 4org tue terus dtg umah aku. Dgn xmandi bagai... Mak aku tnya la, umi tgh buat ape. Anak2 dia jawab dgn innocent, 'Umi tido' sambil makan biskut cecah air milo kat umah aku. Booooloh pnya olang! Mak aku pn cerita, umah dorg bersepah2 mcm xde org duduk. Mak aku nmpak sbb dia ada sesekali masuk nk hntar barang. Tp yg peliknya, kat umah aku sikit punya rajin. Siap tolong kemas dapur n paling best.....siap cuci toilet. Huhuhuhu... Soooo sweet.... Dia punya bodek, aku bg tabik springg!
Selepas lebih kurang setengah taun Amri mngangkang kat umah aku, dia dapat keja jd Manager 7Eleven katanya.... Dia mmg layak jd manager je. Punya la belagak. Masa dia keja tue bapak aku ada la nasihat dia. Dapat gaji nnt beli barang2 dapur dulu. Beras, gula, tepung,... mana yg penting2 la. Dia pun masa tue mmg angguk2 jela. tapi, bila dapat gaji... Amri bantainya g makan luar hari2. Yelah, dah bini malas kekdahnyer. Gaji xbesar kan. Makan luar 4-5 hari, habis la gaji. Lpas tue benda back 2 normal. Mintak duit kat bapak aku.
Ada la dlm setaun mcm tue, last2 dia benti keja 7E. Konon2nya OT xbayar n meeting smpai 3-4pagi. Time nie bapak aku dah benggang dah. Tp dia xcakap dgn Amri. Dia mbebel kat ktorg. Ktorg pn tadah jela. KAng cakap lebih2 jd gaduh pulak. Redho.
Masa dia mnganggur tue, ada la dia mintak tolong aku buat CV dia. Aku tolong pn sbb satu je. Nk bg dia dapat keje n xmenyemak kat umah aku. Masa buat CV tue, kelulusan dia Diploma Poli Ungku Omar. Wow, aku impress. Tp itu semua palesu belaka. Nnt akan mnyusul cerita mcm mana leh kntoi dia mbohong mak bapak aku. 3-4 bulan lepas tue, dia dapat keja. Jd jaga Jusko Seremban 2. Masa nie, dia balik keje tiap2 hari kul 12++ tgh malam tau. Disebabkan muka yg teramat la xtau malu, dia boleh ketuk umah aku sbb nk mkn malam? Bkn dia sorg, siap dgn anak2 n bini konon2 teman makan.:@
Masa nie, bapak aku dh xnk bg muka sgt. Slow2 dia tarik diri drpd bg muka sgt kat dorg laki bini. Banyak kali dia kol bapak aku. Cakap kete rosak kat tgh jalan ondeway nk g keje. Bapak aku nie pomen. So, pegi la org tua tue tengok ape yg rosak kete dia tue. Tengok2, sbb minyak habis. Pegilah bapak aku beli minyak n isi kete dia. Dh bapak aku xlarat nk isi minyak dia pulak, bapak aku bg dia pnjam moto. Kang xde transpot, xnk pulak g keje. Dia xkeje bapak aku lg susah. Bg la moto dia pakai. Dh pakai moto, lain pulak masalahnya. Tayar hari2 pancit. Aku pn xpahamlah kenapa dgn dia tue. Suwey gler. Naik moto, moto pancit. Naik kete, kete pancit. Agaknya sbb xberkat maby?
Dorg nie tau sebenarnya yg ktorg xsuka. Tp dh tepaksa jugak menebalkan muka demi sesuap nasik. Mak bapak aku pn lama2 bengang la. Ada jugak bapak aku cakap dgn dia laki bini. Pastu ada skali tue Imah nie dtg menangis2 depan aku. Mngadu hidup susah dia. Aku manusia beb.. ada hati n belas kesian. Masa tue aku fikir2. Masa nie dorg susah. Masa depan aku belum tentu lg. Aku try nk terima dorg seadanya. Tambah2 pulak anak2 dia. Kecik2 n xtau apa2. Tp bila tengok muka Amri, aduhh... aku rasa geram sungguh! Aku dh cuba sedaya upaya nk terima, tp xboleh. Sbb terang2 ape yg dorg buat tue salah.
Bersambung....
Bersambung.... 30/10/2013 jam 7.00a.m
Sambungan --> Episode 3
Untuk Baca dari Awal disini :
Episod 1