Betul Ke Aktres Nora Danish Ada Tatu Di Kaki?

Betul Ke Aktres Nora Danish Ada Tatu Di Kaki?
Betul Ke Aktres Nora Danish Ada Tatu Di Kaki? - KL : Semua sedia maklum, seorang muslim tidak boleh bertatu kerana hukumnya haram sama ada ianya tatu inai atau pun tatu original. Apapun, Murai Batu tidak sangka sama sekali bahawa pelakon cantik, Nora Danish telah didakwa mempunyai tatu di bahagian kaki kanannya.
Dakwaan ini dibuat selepas gambar Nora dengan tatu tersebar luas di internet yang mana ia menunjukkan Nora mempunyai tatu kala jengking di kakinya itu. Walaupun tidak tahu sama ada ia tatu inai atau pun tatu betul, sumber Murai Batu telah mengatakan bahawa Nora menggunakan tatu itu untuk sebuah drama tempatan.
Difahamkan, dalam drama tersebut, Nora memegang watak sebagai gadis liar dan ianya memaksa dia untuk membuat tatu.
Apapun,Murai Batu teringat kes pelakon Aaron Aziz yang telah memakai tatu sementara untuk filem Evolusi KL Drift. Barangkali, sama macam Aaron Aziz, Nora Danish juga melakukan hal yang sama demi menjayakan drama tempatan tersebut.
Apapun, kita dengar sendirilah penjelasan Nora Danish tentang hal ini.