Siti Saleha Kini Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Entah mengapa kekasih-kekasih Siti Saleha kesemuanya bukan rakyat tempatan sebaliknya lelaki oversea. Sebelum ini, Siti Saleha sudah pun putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris. Namun kini hati Siti Saleha dipenuhi semula oleh cinta daripada seorang lelaki Eropah.
siti saleha
Mesti tak ada jejaka Melayu yang memberanikan diri mengorat Siti Saleha. Itu yang asyik-asyik dapat ke omputih je. Mungkin omputih lebih gentleman, romantik dan pandai mengorat. Kata Siti Saleha:-
Ya, saya tidak nafikan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu. Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia. Detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh seorang rakan. Kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersama dengannya
Selamat berjaya diucapkan kepada Siti Saleha dengan kekasih barunya ini. Kalau tak berjaya jugak, mungkin mahu cuba mendampingi lelaki-lelaki Melayu pula selepas itu. Lelaki Melayu pun ramai yang baik-baik, mulia hati dan sempoi. Belum cuba belum tahu. Kalau dah cuba pasti jatuh hati. Hehehe. Sumber Kosmo.