Bapa Rogol Anak Kandung Hingga Hamil 5 Bulan

AYER KEROH - Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan duahasil hubungan dengan suaminya sendiri.Wanita berusia 35tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenaibayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuahklinik kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.

Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itudiketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepasdiminta memberitahu perkara sebenar.“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsamengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.


“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitusuami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,”katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.       

Sementara itu, Ketua jabatan Siasatan Jenayah negeriAsistenKomisioner Raja ShahroRaja Abdullah ketika dihubungi mengesahkankejadian tersebut.“Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polismasih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.
“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 KanunKeseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dansebatan jika sabit kesalahan.