Jutaan tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institu of Technology (RMIT). Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ummi menerusi akaun Instagramnya. Ini juga adalah kali pertama Ummi berkongsi gambarnya memakai tudung untuk tatapan para peminatnya.
Kalau sebelum ini hanya tiada kepastian mengenai penghijrahan Ummi Nazeera, dengan perkongsian gambar ini ternyata ia adalah benar. Tahniah diucapkan atas “graduation” dan juga penghijrahan anda. Di dalam salah satu gambar Instagramnya, Ummi Nazeera menulis:-
Alhamdulillah thanks to my parents for having me. Thanks to mama for raising me. Thanks to abang for taking care of me. Thanks to my friends for strengthening me. Most importantly, All praises be to Allah for inspiring me.
Pasti ahli keluarga, peminat dan mereka yang terlibat di dalam industri hiburan tidak sabar untuk menanti kepulangan Ummi ke Malaysia. Buat masa ini, tidak diketahui apakah perancangan yang telah diatur olehnya. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun sekali lagi tahniah diucapkan atas kejayaannya membawa pulang segulung ijazah