Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu selepas lapan tahun berkahwin.
“Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun ianya tetap gagal”
“Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimana pun, saya menganggap ini mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda,” ujar Zahnita kepada Kosmo! hari ini.
Kisah masalah rumahtangga Zahnita & Zackery pernah menjadi perbualan ramai peminat pada penghujung 2011 yang lalu dan model ini turut mengakui yang beliau dan suami mengambil langkah sepatutnya untuk menyelamatkan kemelut dalam rumahtangga mereka.
“Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna untuk membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!” tambah beliau yang enggan mendedahkan punca penceraian ini selain tidak menolak bakal kembali berlakon selepas 10 tahun berhenti