Linda Onn Bakal Berkahwin 27 Disember Ini?

Nampaknya deejay kegemaran  iaitu Linda Onn bakal menamatkan zaman gadis. MenurutUtusan Malaysia, Linda yang berusia 36 tahun akan berkahwin dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja Johor.pada 27 September ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan sekiranya desas-desus ini benar.
linda onn kahwin
Linda Onn dan bakal suaminya juga dikatakan telah mendaftar perkahwinan mereka di pejabat agama Johor Bahru. Majlis pernikahannya dikatakan bakal diadakan secara sederhana dengan jemputan terdiri daripad ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
gambar perkahwinan linda onn
Nampak gayanya bulan Disember 2013 ialah bulan perkahwinan para selebriti tempatan. Jika benar Linda akan menamatkan zaman gadisnya, semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke hujung hayat. Tahniah sekali lagi.