Chaoyang: Seorang pencuri jatuh cinta dengan pemilik laptop yang dicurinya tetapi hasratnya keluar bersama mangsa tidak kesampaian selepas ditahan polis.
Suspek itu yang bernama Yang, 20, mungkin tidak menyangka anggota polis hadir bersama wanita berkenaan di tempat pertemuan mereka.
Tidak percaya
Mangsa tidak mempercayai Yang meskipun lelaki itu berjanji memulangkan laptopnya.
Yang didakwa mencuri laptop itu yang berharga 2,300 yuan (RM1,150) pada September lalu selepas masuk ke dalam pangsapuri mangsa menerusi tingkap yang tidak bertutup di daerah ini.
Yang kemudian jatuh hati dengan mangsa selepas menatap banyak gambar wanita itu dalam laptopnya dan menghubungi mangsa menerusi program bual bicara online.
Janji temu
Dia kemudian berjanji kepada wanita itu untuk memulangkan laptopnya jika dia setuju keluar bersamanya.
Bagaimanapun, mangsa segera menghubungi polis dan memberitahu tempat dan masa pertemuan itu membolehkan polis menahan Yang yang membawa laptop itu.