Gambar Berinai Linda Onn, 1 Hari Lagi Bakal Bergelar Isteri

Tidak sabar kami mahu melihat pengacara kesayangan ramai, Linda Onn menamatkan zaman bujangnya.
Gambar Berinai Linda Onn, 2 Hari Lagi Bakal Bergelar Isteri

Lagi dua hari lagi, Linda Onn yang cantik manis ini akan sah menjadi isteri kepada seorang kerabat diraja dari negeri Johor.
Yang menjadi persoalan dan sedang dinanti ramai, Linda Onn masih belum mendedahkan identiti bakal suaminya itu kepada mana-mana pihak media mahupun memuatnaik sebarang gambar.
Khabarnya, majlis pernikahan Linda bakal diadakan di kampung halamannya di Johor Bahru, Sabtu ini dan diadakan secara tertutup. Ianya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Mengapa agaknya Linda langsung tidak mahu berkongsi info tentang bakal suaminya ye?
Apapun, di sini kami paparkan gambar berinai beliau yang telah dimuatnaik oleh Linda sendiri. Kalau mahu lihat wajah bakal suami Linda, mari kita nantikan sama-sama.
Gambar Berinai Linda Onn, 2 Hari Lagi Bakal Bergelar Isteri