“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya.
Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.
Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.
“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”
“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.
Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.
“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.