Penyampai TV antara 38 terbunuh

Penyampai TV antara 38 terbunuhNawras al-Nuaimi
MOSUL: Seorang penyampai televisyen wanita dibunuh di utara Iraq kelmarin, wartawan ke-6 terbunuh dalam tempoh kurang tiga bulan manakala serangan lain menyebabkan sekurang-kurangnya 38 lagi maut. 

Nawras al-Nuaimi ditembak berhampiran rumahnya di Mosul, lapor Al-Mosuliyah TV, wartawan keenam yang terbunuh di bandaraya terbabit sejak Oktober lalu. 


Mosul adalah satu daripada bandar paling bahaya di Iraq di kerana militan sering melakukan serangan dan dilaporkan memeras wang daripada pekedai.


Dalam serangan terbaru Ahad itu, bom meletup berhampiran sebuah rumah keluarga Syiah Turki di kawasan Khanaqin di wilayah Diyala, menyebabkan seorang lelaki, isteri dan tiga anak mereka terbunuh, kata doktor dan polis. 

Pengeboman mensasarkan kawasan Syiah dalam dan sekitar Baghdad membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan 30 yang lain. 

Di wilayah utara Kirkuk, lelaki bersenjata membunuh dua penduduk dan mencederakan seorang lagi mangsa, manakala tiga letupan di kawasan Tuz Khurmatu berhampiran wilayah Salaheddin membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain. - AFP