Guna Helah Cari Pucuk Paku Peluang Datuk Cabul Cucu - KOTA BHARU : Seorang lelaki berusia 73 tahun dengan lapan rekod kesalahan, tergamak memperdaya cucunya yang berusia sembilan tahun, dengan alasan mencari pucuk paku sebelum dicabul kehormatannya dalam ladang kelapa sawit, dekat Kuala Krai, petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata mangsa mendakwa dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek mengajaknya pergi ke rumah emak saudara dengan menaiki motosikal sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mangsa menyatakan dia diajak datuknya (suspek) pergi ke rumah emak saudaranya dengan menaiki motosikal.
“Sebaik sampai di ladang kelapa sawit, suspek mengajak cucunya mencari pucuk paku dan dikatakan dicabul mangsa di kawasan itu,” katanya di sini, semalam.
Berikutan kejadian berkenaan, Mazlan berkata, mangsa segera dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi menjalani pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan menyatakan tiada kemasukan ke dalam kemaluan mangsa, cuma ada kesan kemerah-merahan pada bahagian atas kemaluannya,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditangkap jam 6.10 pagi semalam dan pada masa sama sudah dipohon reman selama tujuh hari sehingga 16 April ini.
Beliau berkata, suspek ditangkap jam 6.10 pagi semalam dan pada masa sama sudah dipohon reman selama tujuh hari sehingga 16 April ini.
Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.