Erma Fatima Digelar ‘Hati Bangkai’ Oleh Rebecca Nurislam

Tidak tahu bagaimana ingin kami memberi respon terhadap kejadian ini. Tapi kalau difikirkan memang kelakarlah Erma Fatima membayar wang saman kepada Rebecca Nurislam berjumlah RM11,200 dengan menggunakan syiling 5 sen beserta senaskhah Al-Quran.
Semua menanti apakah reaksi Rebecca terhadap tindakan Erma Fatima ini.
Walau ada peminat yang menyokong tindakan Erma, ada juga yang tidak bersetuju dan mengatakan Erma bersikap tidak matang dan biadap.
Erma Fatima Digelar Hati Bangkai Oleh Rebecca Nurislam


Boleh dilihat Erma menjelaskan bahawa beliau sudah pun membayar dengan nilai yang diinginkan oleh Rebecca dan apa cara sekalipun adalah hak beliau. Sempat juga Erma meletakkan gambar yang dimuatnaik oleh Rebecca bersama sindiran pedas.
Erma Fatima Digelar Hati Bangkai Oleh Rebecca Nurislam

Namun, disebabkan ini, Rebecca telah melabel Erma sebagai ‘hati bangkai’ kerana bersikap sebegini.
Hmmmm, boleh dilihat kedua-dua mereka ini sangat ego dan masing-masing mencari ruang untuk membalas. Mungkin kedua-duanya patut muhasabah diri dan teruskan hidup dengan perkara yang mendatangkan faedah dari membuang masa bertengkar sesama sendiri, bukan?
Erma Fatima sebagai yang lebih tua mungkin patut jadi ‘air’ daripada cuba memanaskan lagi keadaan yang sedang hangat.
Apakah pendapat anda sendiri tentang perkara ini?