Kita balik kepada kes Adi Putra berskandal dengan isteri orang. Menurut laporan berita yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian, Aida atau nama penuhnya Nooraida Abdul Mutalib mengakui bahawa dia pernah berkongsi gambar peribadi dengan Adi Putra melalui aplikasi WhatsApp. Dia menjelaskan lagi, perkenalan mereka bermula melalui laman Instagram yang berlarutan ke InstaMessage dan kemudian terus ke WhatsApp.
Menurut Aida
“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.
“Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,”
Berita penuh selepas ini.
Kami agak musykil dengan kenyataan Aida di atas, kerana sepanjang pemerhatian kami, Aida mempunyai kurang daripada 2 gambar bersama suaminya di laman Insta sejak tahun lalu dan hanya beberapa minggu kebelakangan ini baru dilihat dia kerap memuat naik gambar bersama suami.
Menurut Aida lagi
“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi,”
Hmm apa pun kami harap perkara ini dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan berlakunya fitnah dikemudian hari.