Yana Samsudin Didakwa Buat Pembedahan Hidung

Yana Samsudin Didakwa Buat Pembedahan Hidung
Yana Samsudin Didakwa Buat Pembedahan Hidung - KL : Selepas pelakon, Tasha Shila didakwa membuat pembedahan hidung, baru-baru ni Murai Batu dengar ada seorang lagi artis yang didakwa membuat pembedahan yang sama iaitu pelakon, Yana Samsudin.
Murai Batu dengar ramai media yang perasan akan perubahan pada wajah Yana Samsudin ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Jumaat lalu. Dengarnya, selain wajahnya berbentuk tirus, bentuk yang paling ketara adalah pada hidungnya yang tajam dan mancung dari dahi hingga ke hujung.
Setelah mendapat cerita itu, Murai Batu tidak puasa hati dan ingin lihat sendiri gambar-gambar Yana pada malam itu. Bila Murai Batu belek gambar-gambar Yana itu, Murai Batu tak nafikan memang nampak ketara pada bentuk hidungnya hingga merubah seluruh wajahnya.
Bagi lebih mendapat kepastian itu, Murai Batu pun bukalah laman Instagram Yana dan melihat satu persatu gambarnya yang lain, terus-terang ianya nampak sungguh berbeza.
Malah bukan Murai Batu sahaja yang nampakperbezaannya itu tetapi peminat dan pengikutnya di Ingstagam turut memberi komen apabila merasakan atau berpendapat yang sama dengan Murai Batu.
Entah lah, Murai Batu pun tak dapat hendak pastikan lagi. Hanya Yana sahaja tahu apa yang dia buat. Tapi Murai Bau harap ianya tidak benar, mungkin malam itu tukang solak Yana terlebih buat shading di bahagia hidung, pun mUrai Batu tak tahu.
Tapi terus-terang, Murai Batu lagi suka wajah Yana yang dahulu yang lebih lembut dan comel! – Murai