SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa dirogol dua kali oleh seorang jiran sebelum dia dicekik dan dicampak melalui tingkap rumah pangsa, lapor Straits Times semalam.
Mangsa – berusia 26 tahun ketika kejadian – terselamat walaupun mengalami kecederaan parah.
Mahkamah Tinggi diberitahu, identiti mangsa dan tertuduh – bekas pengawal keselamatan berusia 44 tahun – tidak didedahkan atas arahan mahkamah
Straits Times melaporkan, kejadian berlaku di tingkat dua rumah pangsa berkenaan pada September 2009 apabila mangsa keluar dari rumahnya untuk menghidupkan semula suis litar yang terpelantik sebelum itu.
Tertuduh yang tinggal di depan rumah amah terbabit kemudian menolak mangsa ke rumah kosong dan merogolnya.
Lelaki itu juga mencederakan mangsa dengan gunting sebelum mencekiknya dengan tali.
Polis menemui mangsa terbaring di tingkat bawah bangunan berkenaan dengan kesan kecederaan parah.
Jika disabitkan kesalahan atas tuduhan cuba membunuh dan merogol, tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan 24 kali. – Asiaone