Doa dan respon positif sentiasa menghujani mana-mana pasangan artis yang baru berkahwin. Tidak kurang juga ada yang akan mencelah dengan komen negatif dan cuba mencetuskan kontroversi untuk menjatuhkan seseorang jika tidak gembira dengan ‘masjid’ yang baru saja dibina.
Baru-baru ini, terlintas MyArtis.My di sebuah laman forum tempatan yang telah memperkatakan tentang komen seorang gadis di dalam Instagram Fizo Omar tentang perkahwinan beliau dan Mawar yang baru saja berlangsung.
Gadis yang menggelarkan dirinya ‘Selinadra’ ini berani mengatakan bahawa Fizo bukanlah lagi seorang teruna dengan bukti bahawa sahabatnya sendiri pernah dipermainkan oleh Fizo Omar dan menjadi mangsanya. Juga meletakkan bahawa ‘barang’ Fizo tidak asli? Apakah maksud gadis ini? Lihat screen shot di bawah :
Sampai begitu sekali dakwaannya? Tapi tidak guna gambar sebenar? Kalau benar, mengapa mahu sorokkan identiti?
Dan bagi kami, kalau benar sekalipun dakwaannya, semua orang ada kesilapan lampau. Tidak perlulah dibawa ke sini apabila orang sudah bahagia. Sengaja agaknya dibawa topik ini untuk menghancurkan rumahtangga orang.
Namun, sekali lagi, pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. Jadi, kalau Fizo terbaca komen ini, adakah beliau akan menjelaskan perkara ini atau biarkan saja? Kami pasti ada peminat lain yang membaca komen ini dan buat mereka mulai rasa was-was dan bersangka buruk.
Siapalah agaknya ‘Selinadra’ ni?