Scarlett Johansson Suka Tonton Filem Lucah?

Scarlett Johansson Suka Tonton Filem Lucah?
Scarlett Johansson Suka Tonton Filem Lucah? - Jelas mengapa Scarlett Johansson merupakan wanita idaman jejaka seluruh dunia. Sesudah majalah lelaki Esquire menabalkan beliau sebagai wanita terseksi tahun 2013, kini Scarlett sendiri membuat pengakuan yang sedia mengekalkan kedudukan beliau sebagai wanita terseksi.
Dalam sebuah temubual dengan majalah Marie Claire, Scarlett mengaku bahawa beliau rasa suatu pasangan wajar menonton dan menikmati filem lucah bersama kerana membawa manfaat kepada wanita dan lelaki.
Walaubagaimanapun, Scarlett akui bahawa perlu ada batas dan had dalam menonton filem lucah. Ini berdasarkan watak terbaru lakonan beliau dalam filem Don Juan, mengenai seorang lelaki yang agak kemaruk dengan filem tersebut.
Menurut Scarlett, “Jika saya tahu teman lelaki saya menonton filem lucah begitu sekali, saya pasti terkejut.”
Pelakon berusia 28 tahun itu baru sahaja umumkan pertunangan beliau dengan Romain Dauriac.