Suspek Kes Tembak Mati Pegawai Bank Diberkas !!

Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank diberkasTwitter rasmi PDRM melaporkan kes tangkapan suspek, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau. 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.