Aeril Zafrel Kongsikan SMS Zubir Kepada Wawa Zainal


Rasanya siapa tak kenal kan dengan wartawan mulut panas "Zubir" dari B*Pop. Sebelum ini rumahnya pernah disimbah cat merah dan juga bangkai ayam. Banyak juga kes dan isi panas yang dibawa oleh wartawan hiburan ni. Sesuai dengan kerjayangan sebagai wartawan tetapi tak perlu la sampai nak mendatangkan kebencian orang ramai kan.

Nampaknya “perang” di antara Zubir Berita Harian dan Aeril Zafrel semakin hangat. Tak salah untuk dikatakan bahawa mereka berdua ini musuh ketat terutamanya selepas pendedahan berani oleh Zubir mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa. Terbaru, Aeril telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan SMS yang telah dihantar oleh Zubir kepada isterinya, Wawa Zainal.

Aeril Zafrel telah mengeluarkan 1 status yang memberi tanda tanya yang berbunyi :
Bila ajakannya tidak bersambut…?! ayat conty yg selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”. Pandangan kalian? #matanbukti1

Kalau diikutkan tarikh screen shot di atas adalah tarikh sebelum pendedahan status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kan. Adakah pendedahan tersebut adalah kerana keengganan Wawa Zainal menemani dia keluar lepak ?? Apa pun ia memberi seribu tanda tanya kepada semua peminat Wawa Zainal dna Aeril Zafrel.

Status yang dikeluarkan oleh Aeril Zafrel iaitu"#matanbukti1" mempunyai huruf 1 di bekalang. Adakah ini adalah bukti pertama yang ingin ditunjukkan oleh Aeril Zafrel ?? Tak sabar rasanya nak lihat bukti seterusnya jikalau betul ini adalah bukti pertama.