Kota Bharu: Selain tenaga dan skil, faktor kasut turut menjadi keutamaan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi.
Dia akan memakai kasut bola baru khas untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Mohd Badhri atau Piya berkata, dia akan memakai kasut baru setiap kali perlawanan akhir atau perlawanan tumpuan dengan tekad untuk mencipta sejarah Ahad ini menjaringkan gol menggunakan ‘kasut pemusnahnya’ itu.
Katanya, hingga kini dia mengumpul lebih 30 pasang koleksi kasut yang mempunyai sejarah tersendiri dan boleh dijadikan kenangan apabila bersara kelak.
“Perasaan teruja memang ada apabila memakai kasut baru untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Jika berpeluang saya mahu menjaringkan gol sekali gus kasut ini akan menjadi sejarah