Baru saja kami laporkan tentang seorang wartawan bernama ‘Z’ yang telah bermusuhan dengan ramai artis terkenal dengan menyebarkan cerita yang kebanyakannya tidak sahih sampai ke sudah.
Berikutan dengan kes Aeril Zafrel yang telah mendedahkan siapakah dalang yang kononnya cuba menjatuhkan namanya dan isterinya, Wawa Zainal, dakwaan ini terus ditujukan kepada wartawan ini.
Perlu ke kami sorok lagi? Tidak perlulah kot. Sudah banyak portal hebahkan. Jadi, kami sebut sajalah.
Orang yang kami maksudkan adalah Zubir yang merupakan wartawan hiburan untuk bahagian BiPop dalam surat khabar Berita Harian.
Aeril telah menayangkan snapshot chatting Zubir cuba untuk mengajak Wawa keluar dan disebabkan tiada balasan, kononnya Zubir telah memberikan kenyataan berbaur ugutan yang berbunyi, ‘abang boleh naikkan dan jatuhkan….’.
Namun Zubir pula telah tampil untuk memaparkan bukti dengan cara yang sama. Beliau telah memuatnaik snapshot chatting yang sama, tapi sebenarnya di bawahnya ada balasan daripada Wawa sendiri. Jadi, kami keliru.
Cuba anda lihat :
Bersama gambar ini, Zubir meletakkan caption : Buat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel & @waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak ???
Jelas Zubir membela diri, sememangnya seorang wartawan yang ingin menemuramah biasanya akan mengajak untuk ‘lepak’ dimana terus menjadikan aktiviti tersebut kelihatan seperti sesi temuramah yang santai dan mendapatkan berita terbaru dari artis tersebut.
Apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah Zubir akan menulis sesuatu berkaitan dengan isu ini dalam kolum BiPop?
Kalau Zubir matang, kami rasa tidak perlu beliau ‘menembak’ semula Aeril atau Wawa menggunakan kuasa kerjanya. Aeril dan Wawa pula, mungkin sudah boleh bawa bertenang dan fokus pada anak serta kerjaya kot. Elok-elok peminat sokong anda, nanti muak pula mereka kalau tiap-tiap hari ada saja kontroversi dari kes yang sama.
Ikutkan peminat, kami perasan juga ada yang salahkan Zubir, ada yang salahkan Aeril dan Wawa. Kata mereka untuk Zubir, “Kenapa suka sebarkan fitnah dan macam anggap diri Tuhan?” dan pada Aeril dan Wawa, “Kenapa sorok tentang perkahwinan sampai mendatangkan fitnah? Bohong bukan main, lepas itu mengaku. Macam sengaja nak kejar publisiti semata.”
Siapa nak jawab persoalan ini? Kita tunggu dan lihat saja apa akan jadi.