Kilafairy dan Hardy HArtono Kantoi Bercium Di KLIA ??




Kilafairy dan Hardy Hartono kantoi bercumbuan di KLIA – Pada Julai lalu pasangan Kilafairy dan Hardy Hartono pernah menjadi bualan hangat peminat selepas kedua-dua selebriti itu mengaku sedang bercinta.

Sejak itu, kisah cinta tentang mereka berdua senyap begitu sahaja meskipun sesekali nama Kilafairy kedengaran di media-media massa dek penampilannya yang seksi.

Baru-baru ini, seorang penggiat forum CARI telah menulis satu kenyataan yang mendakwa rakannya pernah melihat pasangan Kilafairy dan Hardy Hartono sedang bercumbuan dan berpelukan dengan mesra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 


Mereka difahamkan menaiki satu pesawat ke Hong Kong yang tidak dipastikan tujuan samada bercuti atau kerja penggambaran. Mungkin kita boleh andaikan mereka pergi ke sana atas urusan kerja.

Selain menulis kenyataan, penggiat forum tersebut turut berkongsi sekeping gambar Kilafairy ketika berada di KLIA namun tidak pula kelihatan kelibat Hardy Hartono. Lebih menguatkan bukti, pelakon Kilafairy juga turut mengirimkan sekeping gambar pemandangan malam yang indah di Hong Kong menerusi akaun Instagram miliknya.