SAYA CUMA BERSENAM DALAM KELAB JE!!!

 

Jangan pulak Si Hanes Suraya ni gunakan alasan yang sama macam Si Nabila tu sudah la!!! Kalau dah buat salah tu, mengaku je. Jangan bagi alasan yang bukan - bukan pulak!!!
Pelakon yang kini kian melonjak naik, Hanez Suraya enggan berselindung lagi mengakui bahawa dirinya dahulu seorang yang liar, namun kini dia telah berubah dan menganggap apa yang dilakukannya itu adalah satu pengajaran yang berguna buat dirinya.

Hanez kembali terpalit dengan kontroversi apabila gambar-gambarnya berpelukan dengan beberapa orang lelaki kembali tersebar di beberapa blog hiburan tempatan baru-baru ini.

“Saya mengaku dahulu saya agak liar. Pada waktu itu, usia saya masih muda dan masih belum boleh berfikir apa yang betul atau salah. Namun zaman itu telah berlalu dan saya kini sudah pun berubah.

“Gambar itu sudah lama. Ia diambil lima tahun yang lalu. Setiap tahun gambar ini pasti akan menimbulkan kekecohan. 

Saya sendiri pernah memberi penjelasan empat tahun yang lalu. Oleh itu saya tidak cepat melatah apabila ia kembali hangat diperkatakan,” ujar aktres berusia 27 tahun ini.

Tambahnya lagi, gambar tersebut kembali disebar mungkin kerana ada pihak yang iri hati, walaupun mengakui dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun sebelum ini.

“Saya tidak nafikan mungkin ada pihak yang tidak suka atau iri hati dengan hubungan saya bersama Awi Rafael. Oleh itu mereka cuba untuk menjatuhkan kami, tetapi itulah yang membuatkan ikatan hubungan kami bertambah kuat. 

Namun saya tetap ingin memohon maaf andai saya ada terkasar atau tersalah dengan sesiapa pun,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media drama “Dalam Hati Ada Taman” di Flora Café, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.