Perangai pelik Pelajar sebelum meninggal ketika SPM

Salam takziah diucapkan kepada keluarga pelajar Maahad Saniah di Pasir Puteh yang meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi. Berdasarkan sumber berita, pelajar berkenaan bernama Nursyazwani Arifin, 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara.



Menurut laporan mStar Online, kematian Nursyazwani telah disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.
Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini. Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. Pagi tadi, sebelum peperiksaan Nursyazwani kelihatan ceria dan sempat mencium tangannya. Beliau berkata, Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.
Al-Fatihah untuk arwah dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.