Suami Curang dengan Kakak Ipar yang Lebih Jaguh Di Ranjang


Seorang lelaki warga Rockville, Soweto, Afrika Selatan, sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana wanita lain. Dan parahnya wanita itu adalah kakak iparnya. Alasan si lelaki meninggalkan isterinya kerana kakak iparnya itu lebih jaguh di ranjang dan lebih pandai memasak.

Lelaki berusia 33 tahun yang tak disebutkan identitinya itu meninggalkan isterinya sejak lapan bulan lalu dan pindah bersama wanita idamannya yang kini sedang hamil. Seperti dipetik Dailysun, isterinya kini patah hati dan terkejut dengan kenyataan yang diterimanya dan tak sanggup berkata apa-apa tentang kelakuan suaminya.

Untuk berbincang, ketua dari keluarga menghadiri pertemuan yang juga dihadiri suami, isteri, dan saudara ipar. Pada pertemuan tersebut, lelaki itu memberikan alasan kenapa ia meninggalkan isterinya.

“Kekasih baru saya memberikan saya kenikmatan seksual luar biasa indah. Ia juga lebih jaguh memasak, berbanding isteri saya,” kata lelaki itu.

Keluarga menyebutkan, lelaki itu sudah menikahi isterinya berusia 29 tahun selama 10 tahun. Dan si suami menjelaskan ia sudah menghamili saudara isterinya itu kerana ia begitu mencintainya dan hanya Tuhan yang boleh memisahkan keduanya.

Si lelaki juga akan segera menikahi kekasih barunya kerana di dalam diri kakak iparnya itu mempunyai semua yang diperlukan untuk menjadi isteri.