Adi Putra Terus Goda Isteri Saya – Amiruddin Osman

Adi Putra Terus Goda Isteri Saya – Amiruddin Osman
Adi Putra Terus Goda Isteri Saya – Amiruddin Osman - Pelakon lelaki popular, Adi Putra, atau nama sebenarnya Mohd Hadi Putera Halim, 32, telah menggemparkan industri hiburan tempatan dengan kontroversi menghantar mesej lucah melalui aplikasi telefon Whatsapp kepada isteri orang.
Baru sahaja kecoh tentang beliau menggunakan orang berpangkat untuk menggugurkan kes ini, lelaki yang telah mendakwa Adi Putra mengganggu isterinya itu berkata, “Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.”
Adi Putra Terus Goda Isteri Saya – Amiruddin Osman
Menurut si suami, Amiruddin Osman, 56, isterinya yang bernama Nooraida Abdul Mutalib, 30, dikenali oleh pelakon itu melalui laman perkongsian foto Instagram dengan nama ‘Aidaannefasha’.
Katanya lagi yang amat berharap yang Adi akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat, “Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.”
“Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.”


Hmmm,benarkah itu Adi Putra? Nantikan perkembangan lanjut isu ini. – My Artis