Pernah nama Tasha Shilla dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli sebelum ini.
Baru-baru ini timbul pula gosip mengatakan dia kini sedang rapat dengan seorang peninju Muay Thai sekarang.
Sebelum ini, gosip bersama Mahali muncul kerana ramai ternampak mereka menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia XI menentang Barcelona FC di Stadium Shah Alam beberapa bulan lalu.
“Mahali dengan Tasha memang kawan biasa saja, tak lebih daripada itu. Tidak dinafikan Tasha memang pergi ke stadium untuk menonton perlawanan tersebut tapi Tasha pergi atas jemputan pihak TV3. Bukan Tasha seorang saja tapi ada juga selebriti lain seperti Nad Zainal yang pergi. Sejujurnya memang penat jugalah sebab Tasha asyik kena terangkan mengenai perkara ini tapi Tasha tak kisah.
“Cuma perkara ini akan buat orang lain takut untuk berkawan dengan Tasha. Bila Tasha kata Tasha hanya berkawan maksudnya memang kami hanya kawan sahaja. Apapun, jika ada berkawan dengan sesiapa, Tasha akan beritahu kepada semua peminat dan wartawan,” ujar Tasha tentang gosip ini.
Tambahnya tentang si peninju Muay Thai, “Tasha kenal dengan ramai kawan yang aktif dalam sukan Muay Thai, yang mana salah seorangnya ada dikaitkan dengan Tasha”.
“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia,” katanya lagi.
Biasalah, orang cantik macam Tasha memang akan jadi rebutan. Kita tunggu sajalah siapa sebenarnya di hati pelakon ‘Terukir Bintang’ ini sebenarnya.