Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorangpelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.

Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.