Benarkah Wujudnya Pin Nombor Bank Terbalik Untuk Kod Bantuan? (Mesti Baca!) | Mungkin ada di antara kita pernah membaca tentang satu tip perkongsian nombor pin bank ATM. Sekiranya kita berhadapan dengan situasi mencemaskan seperti dipaksa penjenyah untuk mengeluarkan wang di ATM, ada yang mendakwa dengan memasukkan no pin ATM secara terbalik akan memberi satu isyarat secara tidak langsung kepada pihak bank dan polis kononnya ia adalah kod bantuan. Namun begitu, cara yang diajar ini sebenarnya adalah tidak benar sama sekali. Pihak polis dan Bank Negara Malaysia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kod bantuan ini.
SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.
Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.
Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.
Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. – REM RAMZI