Majikan Wasiat RM2.5j Kepada Pembantu Rumah - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk seorang pembantu rumah warga negara Indonesia apabila namanya tersenarai menerima wasiat berjumlah RM2.5 juta daripada bekas majikannya.
Bekas majikannya, seorang bekas pengetua sekolah, Khoo Guat Neo meninggal dunia tahun lepas ketika usianya mencecah 92 tahun.
Khoo telah mewasiatkan satu pertiga daripada harta kepada pembantu rumahnya yang telah berkhidmat selama 13 tahun dengannya.
Selebihnya, hartanya telah didermakan kepada hospital, persatuan kebajikan kucing dan pendandan rambut peribadinya.