Chacha Maembong Sah Punyai Kekasih?

Pernah dihebohkan tentang Chacha Maembong punyai kekasih yang ingin menumpang popularitinya. Lelaki tersebut adalah Iqwal Hafiz, penyanyi yang mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood. Namun di mata sesetengah orang, jejaka ini hanyalah penyanyi suam-suam kuku.
Bagaimanapun, kisah cinta mereka seolah-olah sudah tidak disembunyikan lagi. Tambahan, ada akaun Twitter peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka telah di ‘retweet’ oleh Chacha sendiri yang memberi petanda mengiyakan hubungan mereka.
Chacha Maembong Sah Punyai Kekasih?
Pasangan muda ini nampaknya sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Chacha Maembong kini sibuk mempromosikan Mamee Chef  bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff manakala Iqwal pula dilihat menumpukan sepenuh perhatiannya menerusi lagu terbarunya, Takdir Cinta.
Apa pun, kalau benar mereka bercinta, mari kita doakan semoga kekal ke jinjang pelamin.