Peminat Pun Diharap Lebih Terbuka – Neelofa

Sebelum ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa ada berkongsi beberapa keping gambar saat indah dirinya berada di Maldives. Salah satu daripada gambar tersebut adalah ketika Neelofa berseluar pendek. Ternyata keseksian Neelofa di dalam gambar itu mendapat kritikan daripada banyak pihak.








Menurut Neelofa lagi, sebelum mana-mana gambar dikongsikan olehnya, dia sudah memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Tambah Neelofa lagi:-

Sebagai selebriti, saya tahu batas perlu dijaga. Tidak dinafikan ada satu gambar saya berseluar pendek, tapi itu tidak melampau.

Saya pun tahu had, malah sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial Instagram, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Bagaimanapun kerana suka dengan pemandangan indah dalam gambar itu, saya tetap memuat naik foto berkenaan.