Wanita Bunuh Diri Kerana Belum Berkahwin - Kaherah : Seorang wanita membunuh diri selepas kecewa kerana belum bertemu jodoh meskipun dia sudah berusia 32 tahun di al-Menya, demikian laporan akhbar Al-Ahram.
Hana Mohammed Abdullah membunuh diri dengan menggunakan pisau selepas bangun sahur.
Menurut bapanya, Hana mengalami tekanan yang teruk kerana belum berkahwin dan keadaan bertambah teruk selepas adik perempuan bongsunya berkahwin.
Dalam pada itu, siasatan polis mengesahkan kenyataan bapanya itu.
Polis juga menolak sebarang perbuatan jenayah. – MyNewsHub